Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir ke sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 14 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras untuk mendekati pengundi baharu yang berusia antara 18 dan 20 tahun.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang tidak menolak ia merupakan cabaran buat parti itu berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berkata, ia bukan perkara yang mustahil untuk dilakukan berdasarkan rekod parti itu berjaya menambat undi 18 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

“Seramai 5.8 juta pengundi setakat ini, 1.2 juta adalah 18 hingga 20 tahun. 4.6 juta adalah berumur 21 tahun ke atas. Jadi kita ada kerja tambahan untuk merapatkan diri dengan pengundi 1.2 juta itu.

“(Seramai) 750,000 pengundi pertama di Johor pengundi pertama kali. 170,000 adalah 18 hingga 20 tahun, selebihnya 21 tahun ke atas.

“Ada orang kata ia memberikan cabaran yang hebat kepada BN tetapi BN memenangi 40 kerusi dan menyokong BN,” katanya pada sidang media berkaitan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) UMNO 2021 di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika ditanya tentang promosi Undi 18 dilihat kurang memberi kesan kepada golongan berkenaan.

Untuk rekod, BN memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pilihan Raya Negeri Johor kelmarin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast