Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad melambaikan tangan kearah pengamal media selepas selesai menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengenai pelantikan Menteri Besar Johor susulan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 15 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Datuk Ir. Hasni Mohamad yakin Johor di bawah kepimpinan baharu akan lebih makmur dan sejahtera.

Bekas Menteri Besar Johor itu juga mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menjadi penggantinya.

“Seperti yang saya telah nyatakan, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim.

“Kini masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur,” kata Pengerusi Barisan Nasional Johor itu dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hasni berjiwa negarawan – Onn Hafiz