Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim yang akan menentukan nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhir membabitkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.