Api marak dan asap berkepul di terminal minyak yang terletak di bandar Vasylkiv, Ukraine. foto Twitter

KYIV – Penasihat di Pejabat Presiden Ukraine, Aleksiy Arestovych percaya perjanjian damai dengan Rusia yang melakukan operasi ketenteraan khas boleh dicapai seawal satu atau dua minggu lagi dan selewat-lewatnya pada Mei ini.

Menerusi temu bual dengan wartawan Rusia, Mark Feygin, Arestovych menyatakan Ukraine boleh mencapai perjanjian damai dengan Rusia ‘tidak melebihi Mei, awal Mei… dan mungkin lebih awal’.

Beliau menambah, jika perjanjian itu gagal dicapai, ‘pada penghujung Mei, selepas satu lagi pusingan (rundingan)’, permusuhan akan berterusan, lapor Sputnik.

Walaupun terdapat kemungkinan perjanjian damai, Arestovych membayangkan pertempuran pada peringkat tempatan yang akan berlaku di seluruh negara itu akan berakhir untuk tempoh setahun.

Rundingan pusingan keempat antara Moscow dan Kyiy berlangsung semalam menerusi persidangan video.

Seorang lagi penasihar Pejabat Presiden Ukraine, Mikhaylo Podolyak berkata, isu teknikal menyebabkan rundingan terhenti dan ia akan disambung hari ini.

Tiga rundingan diadakan di Balarus pada 28 Februari, Gomel (3 Mac) dan Belovezhskaya Pushcha, Brest (7 Mac) yang mana selepas itu rundingan dilakukan dalam format video.

Sebelum ini, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyifatkan pertemuannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai rundingan yang sukar.

Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine pada akhir Februari. – Agensi

(https://sputniknews.com/20220314/peace-with-russia-could-be-reached-by-may-zelensky-adviser-reveals-1093875621.html)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast