Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi menyokong langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 hari ini.

Menurut beliau, rata-rata rakyat amat mengharapkan pengeluaran itu kerana mengharungi kehidupan yang susah dan terdesak ekoran penularan wabak Covid-19.

Dalam kenyataan yang sama, beliau mengingatkan pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan untuk berbelanja secara berhemah mengikuti kepentingan dan keperluan yang mendesak pada masa kini.

“Bagi mereka yang tidak memerlukan, biarkan simpanan tersebut kekal di dalam KWSP kerana yang penting, kita harus mengimbangi antara maslahah masa depan dan keperluan hari ini” tambahnya lagi.

Asyraf Wajdi sebelum ini menegaskan perkara yang dituntut rakyat adalah selaras dengan Akta KWSP dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Katanya, pengeluaran kali terakhir ini bertepatan dengan roh dan semangat Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6) (k)(l)(m) yang menyatakan pengeluaran adalah dibenarkan kepada “ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup disebabkan oleh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19).” – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan setuju pengeluaran khas KWSP RM10,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast