Employees Provident Fund EPF i-Citra withdrawal RM5,000
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Butir-butir mengenai pengeluarn khas simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 akan diperincikan oleh pengurus dana pencen itu dalam masa terdekat ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah perlu bagi menangani isu dana persaraan ahli-ahli KWSP yang telah berkurangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Artikel berkaitan:

Katanya, berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula
kehidupan.

”Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaandaripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast