cash aid M40 B40 Najib Razak Anwar Ibrahim Sapura Energy debate 1MDB debt
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, sebelum bulan Ramadan adalah masa paling tepat bagi kerajaan membenarkan pengeluaran terakhir Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

PAda waktu itu, KWSP sudah selesai membayar dividen tahun 2021.

Bekas perdana menteri itu juga berharap kerajaan pertimbangkan empat langkah yang pernah dicadangkan bagi memulih semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang masih terjejas akibat Covid-19.

Langkah tersebut ialah menstruktur semula kadar dividen KWSP dan naikkan semula kadar caruman, pulihkan semula projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan memberikan projek Bandar Malaysia kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad, selain beberapa projek kerajaan kepada KWSP dan syarikat-syarikat milik dana pencen itu. – MalaysiaGazette