Keadaan kebakaran yang berlaku di Taman Hang Tuah, Sungai Udang, Melaka.

MELAKA – Malang bagi empat sekeluarga di Taman Hang Tuah, Sungai Udang, di sini apabila tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadia kira-kira jam 3 pagi itu, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Mangsa, Md Rosle Che Mee, 62, berkata, kejadian disedarinya anak lelakinya, Mohd Syazwan, 29, yang terdengar bunyi letupan kuat seakan-akan disambar petir di luar rumah.

“Ketika kejadian saya bersama isteri dan dua anak berada di rumah sambil menunggu anak lelaki bersiap-siap hendak pulang ke Kuala Lumpur.

“Waktu itulah dia ternampak api menjulang di tingkap biliknya dan terus kejutkan saya dan isteri,” katanya.

Anggota bomba memadam kebakaran di ruang dapur rumah yang terbakar di Taman Hang Tuah, Sungai Udang, Melaka.

Md Rosle yang juga pesara tentera berkata, susulan itu, anaknya terus menghubungi talian kecemasan sebelum mereka berempat berlari keluar menyelamatkan diri.

“Saya redha dengan takdir Allah ini, rumah pun dah musnah jadi terpaksalah kami menumpang sementara di rumah jiran sebelah.

“Sedih memang sedih apatah lagi mengenangkan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata, pihaknya menerima kecemasan pada jam 3.15 pagi.

Katanya, seramai 19 pegawai dan anggota bomba anggota terbabit dalam operasi pemadaman itu, namun pihaknya berdepan kesukaran akibat tekanan air rendah.
menyebabkan operasi pemadaman tamat jam 5.43 pagi

“Kebakaran membabitkan rumah teres jenis kekal yang musnah 80 peratus, namun tidak semua mangsa terselamat.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette