Warga emas yang mendapatkan suntikan vaksin pada hari pertama pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC @IIUM), Kuantan. Foto MOHD ADZLAN, 19 JULAI 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Golongan warga emas yang belum menerima suntikan vaksin penggalak diminta segera berbuat demikian.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang berusaha memujuk golongan ini mendapatkan pelindung vaksin berkata, mesej ini sangat penting menjelang bulan puasa.

”Mungkin orang tua kita tidak ke mana-mana sekarang.

”Tapi tiba Ramadhan mereka akan beramai-ramai pergi solat terawikh. ‘Elok top up perlindungan mereka dengan booster. Kita ikhtiar & tawakkal ke Allah,” pujuk beliau. – MalaysiaGazette