Prime Minister cum Vice-President of UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob greets the UMNO Division Vice-Presidents Club (NKB1) 2022 members during the UMNO General Assembly 2021 (PAU 2021) at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 17 MARCH 2022 GE15 General Election
Prime Minister cum Vice-President of UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob greets the UMNO Division Vice-Presidents Club (NKB1) 2022 members during the UMNO General Assembly 2021 (PAU 2021) at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 17 MARCH 2022. Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan ahli kelab NKB1 Malaysia 2022 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – UMNO setakat ini belum membincangkan masa yang sesuai untuk mengadakan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengesahkan tidak menerima apa-apa cadangan secara rasmi atau peribadi berkenaan tarikh pilihan raya.

“Belum ada diusulkan kepada saya. Belum lagi, hari ini saya tidak tahulah. Hari ini punya sayap setakat ini tidak ada lagi.

“(Cadangan secara peribadi)  Tidak ada. Malam ini kita ada mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT). Usul sayap akan dibincangkan malam ini, kita tengoklah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Kelab Naib Ketua Bahagian UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Putra hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan mengenai tarikh pilihan raya perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terlebih dahulu. 

“Ini semua perlu diibincangkan dengan YDPA. Kita tetapkan tarikh kita sendiri nanti YDPA kata kita ambil alih kuasa baginda. Kita tunggu,” katanya.– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast