Datuk Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin, Abdul Rahman Yunus, ADUN Pasir Tumboh dan Abdul Razak Aya, Ketua Pertanian Bersepadu, FGV Holdings Berhad bersama produk Ladang 57.

KUALA LUMPUR – Ladang’57, jenama premium FGV Holdings Berhad untuk produk tanaman kontannya kini boleh didapati di rangkaian cawangan Mydin di seluruh negara mulai bulan ini.

Pengguna boleh mendapatkan hasil tempatan berkualiti premium di 62 cawangan Mydin seperti nanas MD2, pisang Cavendish, jagung manis, kelapa pandan, jus MD2 dan potongan MD2.

Produk bermusim lain akan turut dijual dari semasa ke semasa termasuk mangga Chuping Harumanis yang bakal dipasarkan bermula April.

”Produk kami diperoleh terus dari ladang dengan kualiti dan rasa yang terbaik. Melalui anak syarikat kami, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF), kami menjanjikan bekalan konsisten dan kualiti premium buah-buahan untuk pelanggan Mydin,” kata Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Dihasilkan dan ditanam di Malaysia oleh FGV dan peladang kontraknya, Nazrul berkata, Ladang’57 menterjemahkan komitmen kumpulan FGV terhadap program jaminan makanan negara dengan menyokong dan meningkatkan kemahiran petani tempatan dan hasil mereka, yang selamat dan mampan.

”Kami juga meletakkan Ladang’57 sebagai salah satu jenama makanan di bawah Kumpulan FGV untuk memacu FGV sebagai pengeluar makanan terkemuka di Malaysia,” tambah Nazrul.

Ladang’57 telah dilancarkan di Lembah Klang pada Februari 2021.

Para pelanggan boleh mendapatkan buah-buahan segar setiap hari melalui gogopasar.com, platform e-runcit FGV untuk pasaran Lembah Klang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast