Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 18 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta memberi fokus untuk menjaga pentadbiran dan kestabilan negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengurusan parti biar beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengemudinya.

“Datuk Seri Ismail Sabri jaga negara elok-elok dan kami beri dokongan kepada beliau.

“Saya dan Mohamad Hasan akan jaga parti kerana parti dan kerajaan harus seiring jalan,” kata Ahmad Zahid ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Kenyataan Ahmad Zahid itu menerima tepukan daripada ahli perwakilan termasuk Ismail Sabri yang juga berada di pentas sebagai salah seorang Naib Presiden.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ZAHID MUNAFIK berteriak nak jaga parti….rakyat JOHOR YANG menyokong UmNOngok RASA nikmat KENCING HANCING ZAHID dan MT2 SEKUTUNYA bila menipu lantik HASNI JADI MB

Comments are closed.