Wakil pembahas Negeri Melaka, Datuk Mustafa Musa berucap pada Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MALAYSIA GAZETTE, 18 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Pemilihan UMNO perlu diadakan selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU).

Perkara itu ditegaskan, wakil Melaka, Datuk Mustafa Musa berkata, sejarah telah membuktikan ramai yang menangis sekiranya pemilihan diadakan sebelum PRU dan perkara seperti itu tidak sewajarnya berulang.

“Saya berharap agar pemilihan UMNO ini tidak diadakan sebelum tiba masanya.

“Kita tidak mahu apa yang pernah berlaku dahulu kembali berulang dan biarlah sejarah itu berlalu dan jangan diulang kembali,” katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Perkara itu, kata Mustafa, perlu diambilkira oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast