Datuk Seri Anwar Ibrahim Pakatan Harapan MoU anti-party hopping law bill act Dewan Rakyat PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa pemimpin politik negara disahkan dijangkiti Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga didapati positif.

Perkara itu disahkan selepas Ahli Parlimen Port Dickson menjalankan ujian PCR yang dijalankan di Parlimen hari ini.

“Datuk Seri Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” kata Setiausaha Sulitnya, Shukri Saad dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disahkan positif Covid-19 bagaimanapun keadaan kesihatannya dilaporkan tidak membimbangkan.

Malah awal hari ini, Mentor DAP, Lim Kit Siang yang juga bekas Penasihat DAP disahkan positif.

Perkara itu disahkan Setiausaha Politiknya, Syahredzan Johan berkata, beliau disahkan positif wabak itu hasil ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang dilakukan di Parlimen. – MalaysiaGazette