Gambar hiasan

BEIJING – Sebuah pesawat penumpang membawa 132 orang terhempas di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di China pada tengah hari Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Pesawat malang itu dilaporkan dalam penerbangan dari Kunming ke Guangzhou, China.

Presiden China, Xi Jinping telah mengarahkan usaha mencari dan menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut segera dilaksanakan.

Beliau turut melahirkan rasa terkejut atas insiden yang melibatkan pesawat China Eastern Airlines MU5735 itu.

Xi turut mengarahkan tindakan segera diambil bagi mengenal pasti punca nahas dan meningkatkan keselamatan sektor penerbangan awam. – Agensi