Tony Pua

KUALA LUMPUR – Menyedari sokongannya semakin merosot dalam kalangan perwakilan DAP, Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua enggan dipilih menyertai barisan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) bagi penggal 2022-2025.

Ketua Publisiti DAP hanya mendapat undi sebanyak 744 semalam.

Dalam dalam nada kecewa melihat pencapaiannya dalam pemilihan parti,  beliau mengambil keputusan untuk meminta Setiausaha Agung yang baharu, Anthony Loke supaya tidak memilihnya masuk menyertai CEC.

Walaupun mengakui dirinya kecewa dan terkejut dengan keputusan itu namun beliau berpuas hati pada satu ketika dulu meninggalkan dunia korporat untuk menyertai politik dan berpeluang berkhidmat dalam CEC selama 14 tahun.

“Saya telah mula menerajui CEC sejak 2008 dan sejak itu saya telah berjaya menarik golongan muda dan berbakat untuk menyertai parti ini selain berjaya meningkatkan kualiti wakil rakyat DAP.

“Tapi mungkin juga semangat saya yang begitu berkobar-kobar untuk tingkatkan kualiti setiap wakil rakyat kami sehingga ianya telah menyinggung perasaan segelintir dalam parti terutamanya di negeri saya sendiri, Selangor. Saya kalah kali pertama pada 2018.

“Tetapi ingin saya katakan di sini, saya langsung tidak menyesal memberikan peluang kepada golongan muda yang pada satu hari kelak menjadi asas kepada masa depan DAP.

“Sesungguhnya saya tidak sangka akan dapat undian seperti ini, mengecewakan tetapi saya terimanya dengan hati cukup terbuka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya yang menyokong saya,” katanya dalam posting Facebook hari ini.

Selain Tony turut menerima nasib sama ialah Ahli Parlimen Bangi yang juga Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Ong Kian Ming.

Ada sumber memberitahu kemungkinan Tony dan Kian Miang semakin tidak popular dalam kalangan DAP selepas bertindak menyokong kerjasama politik dengan kerajaan dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum kerajaan tersebut tumbang.

Tony juga mendedahkan beliau dirinya sudah tidak lagi bersedia untuk memegang dalam CEC secara lantikan selepas mendapat tahu sokongan dalam kalangan perwakilan semalam.

Selain Tony dan Kian Ming, dua lagi wakil rakyat tidak berjaya dalam senarai 30 teratas itu ialah Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dan Ketua Wanita yang juga ADUN Padang Lalang, Chong Eng.

Semasa proses pemilihan CEC DAP semalam, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban diumumkan sebagai Setiausaha Agung baharu DAP untuk memimpin parti manakala mantan jawatan itu selama 18 tahun, Lim Guan Eng pula diangkat Pengerusi DAP. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.