Bekas pemain tengah Liga Malaysia (Liga-M) Mohd. Azizan Baba meninggal dunia hari ini kibat kanser pangkal paha yang dihadapinya sejak Ogos 2020.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain tengah Liga Malaysia (Liga-M) Mohd. Azizan Baba meninggal dunia hari ini kibat kanser pangkal paha yang dihadapinya sejak Ogos 2020.

Azizan, 41, sebelum ini dimasukkan ke hospital dan kesihatannya semakin merosot sejak semalam.

Sebelum ini, Azizan pernah menjalani pembedahan membuang sebahagian saraf sehingga pahanya menjadi kecil dan kaki serta jari tidak berasa apa-apa ketika disentuh malah tidak boleh digerakkan.

Sepanjang kariernya bergelar pemain, Azizan pernah beraksi dengan beberapa buah kelab Liga-M termasuk bersama Perak FA, Kuala Lumpur FA, Melaka FA, Johor FC, Sarawak, Penang FA, Melaka United dan kelab terakhir bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Selepas itu Azizan memulakan kerjaya jurulatih bersama SAMB sehingga Mac 2020. – MalaysiaGazette