Ketua Pegawai Esekutif LHDN, Dtuk Mohd. Nizom Sairi hadir pada sidang media Sempena Operasi Bersepadu Subsidi Minyak di Dewan Singgahsana 1, Cyberjaya. Foto MUHD NA'IM, 23 MAC 2022.

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat sebanyak 63 syarikat minyak bersubsidi di seluruh negara menerusi Operasi Subsidi Minyak Masak (Op Saji) dalam usaha membendung pihak lari daripada cukai.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Nizom Sairi berkata, operasi tersebut memfokuskan isu kekurangan bekalan minyak masak paket di pasaran yang tidak selari dengan peruntukan RM400  hingga RM600 juta oleh kerajaan setiap tahun bagi tujuan subsidi minyak masak.

Ketua Pegawai Esekutif LHDN, Dtuk Mohd. Nizom Sairi bercakap kepada sidang media Sempena Operasi Bersepadu Subsidi Minyak di Dewan Singgahsana 1, Cyberjaya. Foto MUHD NA’IM, 23 MAC 2022.

“Operasi ini bermula pada 21 Mac lalu sehingga hari ini di seluruh negara buat pertama kalinya tahun ini melibatkan Bahagian Pengoperasian Siasatan (BPOS) Jabatan Siasatan dengan kerjasama Jabatan Perisikan dan Profiling LHDN.

“Ia juga melibatkan seramai 412 orang pegawai penyiasat dari 16 cawangan siasatan seluruh negara” katanya pada sidang media Pelancaran OP Saji hari ini.

MohdN Nizom berkata, daripada jumlah 63 syarikat tersebut, 44 daripadanya melaporan kurang pendapatan, 19 syarikat tidak mempunyai fail cukai serta semakan dibuat keatas 127 orang pengarah syarikat.

Tambahnya lagi, sasaran utama siasatan adalah melibatkan kilang-kilang pembungkusan atau repacker minyak masak bersubsidi yang tidak melaporkan amaun jualan yang sepatutnya (jualan terkurang lapor), tidak melaporkan pendapatan serta tiada fail cukai.

Mengenai modus operandi penyelewangan subsidi minyak masak tersebut adalah seperti syarikat mendapatkan bekalan dari syarikat pembekal dengan menggunakan lesen daripada syarikat lain untuk dijual pada harga pasaran.

“Ada yang mengupah pihak ketiga bagi menguruskan pemindahan minyak masak bagi tujuan penjualan ke luar negara, ada yang menuntut subsidi tetapi tiada sebarang penjualan minyak masak paket.

“Ada juga syarikat yang mewujudkan pemborong palsu bagi tujuan tuntutan subsidi di mana pemborong tersebut merupakan syarikat itu sendiri” jelasnya.

Mohd Nizom berkata, pendapatan terkurang lapor kesan daripada aktiviti penyelewengan subsidi dianggarkan RM1 bilion melibatkan Tahun Taksiran 2018 hingga 2020 dan menganggarkan sebanyak RM200 juta cukai mampu dikutip berikutan pelaksanaan Op Saji.

Beliau menambah, sekiranya pembayar cukai didapati gagal melaporkan dengan betul jumlah pendapatan, mereka boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 112(3) dan Seksyen 113(2) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pembayar cukai juga boleh dikenakan penalti sehingga 300 peratus daripada amaun cukai terkurang lapor. – MalaysiaGazette.