Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 22,491 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 4,054,926 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempaoh sama, status terkini kes Covid-19 di seluruh negara sehingga semalam ialah 26,234 kes sembuh.

Katanya, daripada kes baharu itu, sebanyak 382 kes import dengan 364 melibatkan warganegara dan 18 bukan warganegara.

Bagi kes tempatan pula katanya, sebanyak 22,109 kes iaitu 21,243 warganegara dan 866 bukan warganegara.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 332 kes iaitu 141 kes disahkan Covid-19, 191 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan pula 189 kes iaitu 84 kes disahkan Covid-19 dengan 105 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau turut memperincikan data kes baharu iaitu daripada 22,491 kes harian yang dilaporkan semalam, kategori 1 ialah 10,601 kes, kategori 2 (11,725 kes), kategori 3 (71 kes), kategori 4 (44 kes) dan kategori 5 (50 kes).

Menurutnya, daripada 165 kes kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam ialah 43 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, manakala 71 kes telah menerima dua dos vaksin, tetapi belum menerima dos penggalak. – MalaysiaGazette