KUALA LUMPUR – Lelaki bergelar Datuk dan seorang wanita antara sembilan individu direman hari ini selepas disyaki terlibat dengan rasuah membabitkan projek insititut berkaitan automotif bernilai RM85 juta.

Kesemua suspek berkenaan termasuklah empat pemilik syarikat, penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif dan ketua pegawai operasi.

Menurut Sumber SPRM, semua suspek ditahan reman selama tiga hingga enam hari.

Terdahulu, permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Putrajaya, hari ini.

Jelas sumber, dua suspek lelaki yang direman selama enam hari itu dipercayai telah meminta dan menerima suapan lebih RM14.9 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan membantu syarikat milik mereka mendapat geran menerusi tiga syarikat lain antara tahun 2018 hingga 2020.

Kesemua suspek berkenaan ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-MalaysiaGazette