Covid-19 cases endemic transition phase MyCHAMPION
Director-General of Health, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 sebagaimana dilaporkan semalam, menunjukkan kenaikan iaitu 24,316 kes, menjadikan kes kumulatif kepada 4,079,242 kes.

Ia merupakan kenaikan 1,825 kes. berbanding 22,491 kes yang direkodkan kelmarin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu itu, 297 adalah kes import iaitu 280 melibatkan warganegara dan 17 bukan warganegara.

“Selain itu, KKM (Kementerian Kesihatan) ingin memaklumkan status terkini kes Covid-19 di Malaysia pada 24 Mac semalam, iaitu kes sembuh 25,512 kes dengan 3,796,975 kes kumulatif, diikuti kes tempatan 24,019 kes iaitu 23,185 warganegara dan 834 bukan warganegara.’

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula semalam merekodkan 321 kes dan memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 194 kes,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, daripada 24,316 kes harian yang dilaporkan itu, kategori 1 ialah 13,299 kes, kategori 2 (10,865 kes), kategori 3 (75 kes), kategori 4 (32 kes) dan kategori 5 (45 kes).

Kata beliau lagi, daripada 152 kes Covid-19 bagi kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam ialah 43 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 61 kes telah menerima dua dos vaksin, tetapi belum menerima dos penggalak.

Sebanyak 48 kes lagi telah menerima dos penggalak, 81 kes berumur 60 tahun dan ke atas serta 76 kes mempunyai komorbid.

Bagi kluster Covid-19, beliau berkata, setakat semalam KKM merekodkan jumlah kluster sebanyak 6,922 kluster, diikuti kluster baharu (empat), kluster yang telah tamat (6,671) dan kluster aktif (251). – MalaysiaGazette