Logo Petronas.

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menafikan laporan dan spekulasi yang mendakwa firma minyak dan gas ini ada berbincang dengan kerajaan mengenai cadangan pengambilalihan kepentingan dalam Sapura Energy Berhad.

Firma itu berkata, Petronas mempunyai rangka kerja yang ketat berhubung sebarang pertimbangan pelaburan dan pelupusan.

”Petronas ingin menekankan bahawa kami kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan pemain perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas, memanfaatkan kepakaran dan keupayaan mereka apabila aktiviti meningkat dengan pemulihan industri daripada kesan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast