Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah flood victims Covid-19 positive infectious diseases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,839 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam berbanding 24,316 kes semalam, penurunan 2,477 kes.

Berikutan itu jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 4,101,081 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya turut merekodkan kes sembuh sebanyak 22,324 kes dengan 3,819,299 kes kumulatif, diikuti kes tempatan 21,552 kes.

Kata beliau, bagi kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 291 kes iaitu 142 kes disahkan Covid-19, 149 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 188 kes iaitu 95 kes disahkan Covid-19, 93 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Berikut perincian kategori kes Covid-19 yang direkodkan KKM semalam, iaitu daripada 21,839 kes harian, kategori 1 sebanyak 9,401 kes, kategori 2 (12,299 kes), kategori 3 (60 kes), kategori 4 (42 kes) dan kategori 5 (37 kes).

Kata beliau, daripada 139 kes kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan, 32 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 69 kes telah menerima dua dos vaksin, tetapi belum menerima dos penggalak.

Sebanyak 38 kes pula telah menerima dos penggalak, 81 kes berumur 60 tahun dan ke atas, 78 kes mempunyai komorbid dan tiga kes adalah kes ibu mengandung.

Mengenai kluster Covid-19, Dr. Noor Hisham berkata, jumlah kluster ialah 6,923 kluster, diikuti satu kluster baharu, 6,681 kluster telah tamat dan 242 kluster aktif. – MalaysiaGazette