Pasukan penyelamat membawa serpihan pesawat di lokasi nahas pesawat China Eastern di Daerah Tengxian, Guangxi (Foto fail: AP/Zhou Hua, Xinhua)

BEIJING – Kotak hitam kedua penerbangan pesawat MU5735 yang terhempas dan mengorbankan seramai 132 penumpang ditemui hari ini.

Pesawat tersebut terhempas ketika dalam perjalanan dari bandar barat daya Kunming ke Guangzhou pada Isnin lalu.

Pesawat berkenaan dilengkapi dengan dua perakam penerbangan, satu di bahagian kabin penumpang belakang bagi menjejaki data penerbangan dan satu lagi perakam suara kokpit.

Malah,  pada Rabu lepas, perakam suara kokpit tersebut telah ditemui dan telah dihantar ke Beijing untuk pemeriksaan oleh pakar dan kotak hitam kedua ini mengandungi data seperti kelajuan, ketinggian dan arah pesawat.

Kedua-dua kotak hitam berkenaan boleh membantu penyiasat mengenal pasti punca kejadian penerbangan ini terhempas di kawasan curam dan berhutan tebal.

Dalam pada itu, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) semalam mengesahkan semua penumpang dalam pesawat tersebut meninggal dunia dan identiti mereka juga sudah disahkan melalui ujian DNA.

Mangsa-mangsa termasuk 123 penumpang dan sembilan kru pesawat.-CNA NEWS

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast