mysejahtera
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Status vaksinasi Covid-19 dalam MySejahtera bagi penerima vaksin Sinovac tetapi masih tidak mengambil dos penggalak hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap dan bukan dihilangkan.

Perkara itu ditegaskan Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini bagi menjelaskan tentang satu mesej yang tular di media sosial hari ini.

Mesej tersebut antara lain menyebarkan kenyataan kononnya bermula minggu depan kerajaan akan menghapuskan sijil vaksinasi bagi 2 juta penama yang enggan mengambil suntikan dos penggalak.

Selain itu, mesej tular itu juga mendakwa tidak mustahil mereka yang telah mengambil dos penggalak juga akan kehilangan sijil vaksinasi, justeru mereka dinasihatkan supaya membuat tangkap layar sijil digital sedia ada untuk simpanan.

tular vaksin

Artikel berkaitan:

Menurut KKM, maklumat yang tersebar itu adalah palsu dan status vaksinasi Covid-19 kepada semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas yang masih belum menerima dos penggalak setelah layak hanya akan bertular menjadi tidak lengkap dan bukan dihilangkan.

Begitu juga dengan penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun dan ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak setelah layak.

Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, seramai 2.09 juta penerima vaksin Sinovac berisiko kehilangan status vaksinasi di akaun MySejahtera masing-masing pada 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak. – MalaysiaGazette