Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Covid-19 negative positive Lembah Pantai AGM PKR
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan bahawa Pengerusi Lembaga Penasihat parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dijangkiti Covid-19.

Fahmi berkata, Wan Azizah hanya uzur dan tidak dapat hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Lembah Pantai semalam.

“Kak Wan uzur semalam dan terpaksa berehat, maka tidak dapat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Lembah Pantai. Oleh itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menggantikan beliau di saat akhir.

“Hari ini Kak Wan telah menjalani ujian saringan kendiri Covid-19 dan alhamdulillah beliau negatif,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semalam, Wan Azizah dilaporkan positif Covid-19 dan tidak dapat hadir merasmikan mesyuarat tersebut di Connexion (CCEC), Nexus Bangsar South, di sini. – MalaysiaGazette