Foto Instagram PU Riz.

KUALA LUMPUR – Dua hari lalu iaitu 27 Mac – genap setahun usia perkahwinan pasangan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Noor Neelofa Mohd Noor.

Menerusi hantaran di Instragram, PU Riz, 27,  bersyukur dikurniakan isteri yang baik hatinya.

“Syukur pada Allah dikurniakan isteri yang baik hatinya. Banyak lagi yang nak ditulis tapi tak apa ku titipkan dalam doaku. Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai. Sekali lagi, alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.

Sementara itu, Neelofa, 33, mendoakan perkahwinan dibina sentiasa diberkati.

“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.

“Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku (ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang ja yang boleh tahu apa saya luahkan),” tulisnya.

Pasangan ini berkahwin pada 27 Mac tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata sulung iaitu lelaki diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris. – MalaysiaGazette