Pengarah Pembangunan Perniagaan Delta Masis (M) Sdn. Bhd, Masri Muhammad, menunjukan Dron Nano UAV bersaiz enam setimeter dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-17 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 30 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Tidak padan dengan saiznya, dron nano ini mampu terbang setinggi 2,000 meter untuk mengesan dan mengintip pihak musuh.

Dron buatan China itu dibeli Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) dan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk operasi ketenteraan masing-sing.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Delta Masis (M) Sdn. Bhd., Masri Muhammad berkata, dron yang dikenali ‘dron kumbang’ kerana saiznya yang kecil itu mampu terbang sejauh dua kilometer tanpa henti selama tempoh 25 minit untuk tujuan perisikan dan pemantauan.

Katanya,¬† selain dilengkapi ‘anti jammer’, dron berkuasa elektrik yang dijual pada harga AS$165,000 (RM800,000) itu mempunyai alat pandang malam (NGV) bagi memudahkan pengoperasian dalam keadaan gelap.

“Apabila diterbangkan untuk perisikan, saiznya yang kecil akan menyukarkan dikesan musuh,” padaPameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia, di sini, hari ini

Pengarah Pembangunan Perniagaan Delta Masis (M) Sdn. Bhd, Masri Muhammad, menunjukan Dron Nano UAV bersaiz enam setimeter dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-17 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 30 MAC 2022.

Tambah Masri, dron itu boleh digunakan di kawasan yang penuh dengan infrastruktur kerana di dilengkapi dengan sistem guidance avoidance bagi mengelak kemalangan selain mempunyai kamera berkualiti tinggi bagi memastikan setiap inci pergerakan serta kedudukan musuhnya dapat dikesan secara efektif.

Menurut beliau, selain itu ia mempunyai pelan laluan pulang ke lokasi asal dan tidak hilang kawalan atau sesat ketika dilibatkan dalam operasi risikan. – MalaysiaGazette