kemalangan karak
Kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan 17,000 liter karbon dioksida dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menyebabkan kesesakan sepanjang kira-kira enam kilometer (km) di Lebuhraya Karak.

KUALA LUMPUR – Kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan 17,000 liter karbon dioksida dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menyebabkan kesesakan sepanjang kira-kira enam kilometer (km) di Lebuhraya Karak, petang tadi.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kesesakan bermula pada 6.32 petang  disebabkan semua lorong arah timur dan barat ditutup ekoran tumpahan bahan kimia di lokasi kejadian.

“Setakat pukul 8.50 malam ini, trafik masih sesak sepanjang enam kilometer menuju ke lokasi kejadian di kilometer 36.2, sementara lorong kecemasan dan lorong perlahan masih ditutup,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 6.03 petang, sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bersama dua jentera dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya kemalangan menyebabkan pemandu MPV cedera ringan di bahagian lutut dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan, manakala lima lagi penumpang kenderaan itu serta pemandu lori selamat.

“Ketika ini bomba sedang menunggu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) untuk kerja-kerja selanjutnya,” katanya dalam dalam kenyataan di sini, hari ini.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast