nasi kandar Ipoh helicopter Ebit Lew sexual harassment Abd Jalil Hassan CCID commercial crime online gambling syndicates Op Dadu Khas
Abd Jalil Hassan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius isu keenganan anggota polis menerima laporan kes keganasan rumah tangga sebagai mana dibangkitkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 28 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Komisioner Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas jika benar terdapat sebarang pelanggaran dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga sebagai mana didakwa.

“Ini adalah kerana semenjak Akta Keganasa Rumah Tangga 1994 berkuatkuasa pada 1 jun 1996, PDRM telah mengeluarkan beberapa arahan pentadbiran berhubung pengendalian penyiasatan kes-kes keganasan rumah tangga untuk dipatuhi di semua peringkat termasuklah arahan tindakan tatatertib ke atas anggota yang enggan menerima laporan polis kes keganasan tumah tangga,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada Isnin lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harub berkata, pihaknya akan merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu keluhan mangsa keganasan rumah tangga yang mendakwa sukar membuat laporan di balai polis.

“Isu dengan balai polis kita akan buat semakan dan libat urus dengan KDN supaya masalah ini dapat diatasi,” kara Rina.

Berikutan itu, Abd Jalil meminta KPWKM dan pihak yang terkesan berhubung isu yang dibangkitkan itu tampil serta memberi maklumat yang lebih terperinci supaya siasatan dalaman dapat dijalankan dan tindakan dapat diambil ke atas anggota terlibat. – MalaysiaGazette