Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin

KUANTAN –  Tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli disifatkan sebagai batu api apabila didakwa cuba melaga-lagakan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Razak Tun Abd Razak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyiddin yang merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersat) lebih popular daripada Najib adalah untuk mendapat perhatian.

“Rafizi ini batu api, ini adalah strategi biasa yang dia (Rafizi) lakukan. Namun itu hak dia untuk beri komen dan komen itu sebenarnya hendak cuba wujud pergeseran untuk kelihatan hebat serta meriah,” katanya.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Pendaftaran Ahli UMNO, di sini, hari ini.

Hadir pada majlis Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rodsy Wan Ismail

Terdahulu, Rafizi  melancarkan kempen ‘Ayuh Malaysia’ di Kuala Lumpur mendakwa populariti Najib banyak dipengaruhi kempen ‘Bossku’ serta  popular di media sosial.

Bagaimanapun, katanya Najib masih gagal mengatasi populariti Muhyiddin yang terkenal dengan gelaran Abah. – MalaysiaGazette