Ahli falak sedang melihat anak bulan melalui teleskop bagi menetapkan tarikh awal Ramadhan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Cerap Bukit Jugra, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 01 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja,
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh
permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada
hari Ahad 3 hb. April 2022,” katanya disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini (Jumaat) bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah, – Malaysiagazette