Seorang pemandu lori tangki maut dalam kemalangan di Kilometer 75, Jalan Kuantan - Segamat dalam kejadian petang tadi.

PEKAN – Seorang pemandu lori tangki maut dalam kemalangan di Kilometer 75, Jalan Kuantan – Segamat dalam kejadian petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa berusia 62 tahun itu maut di lokasi kejadian selepas lori yang dipandunya terbabas dan hilang kawalan.

“Siasatan awal dapati pemandu lori, Mohd Tahir Baharom dalam perjalanan dari arah Kuantan hendak menghala ke Segamat, Johor.

“Setibanya di lokasi kejadian mangsa dipercayai telah hilang kawalan kemudian terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dari arah Kuantan menghala ke Segamat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian mangsa yang disyaki memandu secara melulu sebelum terbabas ke bahu jalan.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pekan dan proses bedah siasat dijalankan selepas ujian calitan Cocid-19 diperoleh.

Hasil semakan Saman Cops mendapati pemandu tiada rekod saman lampau  dan kes masih dalam sisasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette