Dadah jenis ganja yang dirampas polis IPD Wangi.

KUALA LUMPUR – Penahanan sepasang suami isteri membawa kepada kejayaan membanteras satu sindiket pengedaran dadah jenis ganja yang aktif di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, pasangan berusia 26 dan 32 tahun itu ditangkap dalam satu serbuan di tepi Jalan Robertson, Bukit Bintang.

Polis merampas ganja seberat 1.893 gram daripada pasangan terbabit.

“Hasil soal siasat ke atas mereka, dua serbuan berasingan telah dibuat di sekitar kawasan Lembah Klang dan telah berjaya menahan lima lelaki dan seorang perempuan tempatan serta merampas ganja seberat 5.588 gram.

“Kesemua yang ditangkap berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dellhan berkata, sindiket terbabit dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah untuk pasaran di sekitar Lembah Klang dan dipercayai aktif sejak November 2021.

Nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah sebanyak RM41,550 dan dadah itu boleh digunakan untuk seramai 14,962 penagih.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1985 dan kesmua suspek direman di bawah Seskyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari bermula hari ini.

Tambah Noor Dellhan, ujian air kencing mendapati salah seorang mereka positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine dan akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran atau penagihan dadah dan meminta supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti tidak bermoral itu kepada pihak polis sekiranya mengetahui. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast