Parlimen Sweden pada Jumaat memansuhkan undang-undang berkaitan COVID-19, berikutan wabak itu tidak lagi menjadi ancaman kepada kesihatan awam dan dikeluarkan daripada kategori penyakit kritikal.

STOCKHOLM – Parlimen Sweden pada Jumaat memansuhkan undang-undang berkaitan COVID-19, berikutan wabak itu tidak lagi menjadi ancaman kepada kesihatan awam dan dikeluarkan daripada kategori penyakit kritikal.

Selain itu, larangan kemasukan bagi warga asing turut ditarik balik, lapor Agensi Anadolu.

Timbalan Ketua Direktorat Kesihatan Awam, Sara Byfors berkata COVID-19 tidak lagi menjejaskan masyarakat akibat perlindungan vaksin, dan sekatan COVID-19 juga telah dimansuhkan pada 9 Feb.

Sweden merekodkan 18,363 kematian berkaitan virus itu dan lebih 2.4 juta kes jangkitan setakat ini. – BERNAMA