Foto Instagram Intan Ladyana.

KUALA LUMPUR – Setelah dua bulan dikurniakan cahaya mata sulung, pasangan Harris Alif dan Intan Ladyana akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata sulung mereka.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Intan Ladyana juga mengumumkan nama anak perempuan mereka yang dilahirkan pada 31 Januari lalu.

“Salam Ramadan from us, Harris, Intan & baby Evie Khadeeja,” tulisnya ringkas.

Intan, 40, dan Harris, 23. mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. – MalaysiaGazette