John Lee, foto SCMP

HONG KONG – John Lee bersedia untuk meletakkan jawatan bagi menyertai persaingan pada bulan Mei ini untuk menjadi pemimpin baharunya, kata penyiar TVB, memetik sumber yang tidak dikenali.

Lee, 64, adalah Ketua Setiausaha Hong Kong, juga pemimpin kedua tertinggi di bandar raya itu.

Beliau merupakan pegawai keselamatan semasa protes prodemokrasi 2019 telah dinaikkan pangkat pada 2021 dalam satu langkah yang dilihat oleh beberapa penganalisis sebagai isyarat Beijing yang mengutamakan aspek keselamatan berbanding kewangan atau ekonomi.

Lee belum mengulas isu tersebut.

Sebelum ini, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, beliau tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang.

Pengumuman Lam dibuat selepas media melaporkan Leebersedia untuk meletakkan jawatan untuk menyertai persaingan bagi bandar yang diperintah oleh China itu pada 8 Mei ini.

Tarikh itu diubah dari 27 Mac untuk memberi masa kepada kerajaan untuk memerangi wabak Covid-19 yang telah menjangkiti lebih sejuta daripada 7.4 juta orang penduduk di bekas tanah jajahan British itu.

Sejak Hong Kong kembali ke pemerintahan China pada 1997, ia mempunyai empat ketua eksekutif, yang semuanya bergelut untuk mengimbangi aspirasi demokrasi sesetengah penduduk dengan visi pemimpin Parti Komunis China

“Hanya ada satu pertimbangan dan ia adalah keluarga. Saya telah memberitahu semua orang sebelum ini bahawa keluarga adalah keutamaan saya.

“Mereka fikir sudah tiba masanya untuk saya pulang,” kata Lam pada taklimat biasa. – Reuters (https://www.reuters.com/article/hongkong-election/update-1-hong-kongs-no-2-official-in-bid-to-become-citys-new-leader-media-idUSL2N2W2019)