GCR civil servants salary scheme CUEPACS
Adnan Mat

KUALA LUMPUR – Pemberian bantuan khas kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 yang diumumkan Perdana Menteri hari ini bukti penghargaan kerajaan kepada penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berharap semua penjawat awam dapat meneruskan momentum kecemerlangan dalam menjalankan amanah yang diberi bagi menjayakan agenda pemulihan ekonomi serta dasar prihatin rakyat.

Katanya, keprihatinan kerajaan itu penjawat awam harus kekal fokus kepada tugas dengan penuh produktiviti dan intergriti.

“Dalam masa yang sama, CUEPACS percaya bantuan khas yang diterima oleh penjawat awam ini turut memberi manfaat dan kesan secara tidak langsung kepada ekonomi negara.

“Daripada sudut yang luas, pemberian bantuan khas kewangan ini secara tidak langsung memberi impak yang positif kepada ekonomi dan rakyat apabila wang tersebut beredar ke pasaran.

“Bantuan kewangan tersebut sudah pasti akan dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan dan ia akan memanfaatkan peniaga-peniaga kecil, pasaraya besar dan sektor-sektor ekonomi yang lain…tambahan pula ramai rakyat yang berniaga di musim perayaan bagi menambah pendapatan mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Adnan berharap agar semua pihak berlapang dada dengan tidak mempertikai keputusan kerajaan memberikan bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam itu.

Kerajaan, menurutnya, merupakan majikan kepada penjawat awam dan tidak menjadi kesalahan untuk mereka meminta sesuatu bantuan daripada majikan sendiri.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian RM500 bantuan khas kewangan Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam dengan gred 56 kebawah.

Menurutnya, pemberian itu juga turut diberikan kepada kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Penjawat awam terima bantuan khas Aidilfitri RM500

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast