Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 558 pesakit baharu yang dijangkiti Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 337 kes atau 60.4 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 221 kes atau 39.6 peratus adalah Kategori 3 hingga 5.

Katanya, Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 106 kes diikuti Perak (77) dan Johor (63).

Sementara itu, sebanyak 647 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Menurut Noor Hisham lagi, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula adalah sebanyak 876 atau 27 peratus daripada jumlah kapasiti.

Ujarnya, hanya satu negeri mencatatkan katil ICU melebihi penggunaan 50 peratus kapasiti iaitu di Selangor dengan sebanyak 51 peratus.

Sejumlah 131 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 15 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Terdapat satu kluster baharu dilaporkan semalam.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.86. – MalaysiaGazette