syariah court alimony payment court order salary cut
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap sebarang perintah terutamanya arahan pemotongan gaji yang diputuskan mahkamah syariah ke atas penjawat awam dalam kes tuntutan nafkah.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah, yang mengeluarkan arahan itu dalam satu surat berkata, ia selaras hasrat kerajaan dalam memelihara kebajikan wanita dan anak-anak yang terkesan dengan masalah perceraian khususnya dari aspek pembayaran nafkah.

”Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam surat itu.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semasa berucap sempena Majlis Sambutan Hari Wanita, mengumumkan kerajaan telah meminda Akta Pembiayaan Kewangan yang membolehkan pihak bank membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah dalam membantu golongan wanita yang terkesan disebabkan isu penceraian,

Selaras pindaan itu, pihak bank juga dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang telah dibekukan tersebut kepada isteri sekiranya isteri ada membuat tuntutan melibatkan wang ringgit di mahkamah melalui kaedah dikenali sebagai Hiwalah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast