Co-opbank Pertama atau ringkasnya CBP sedia menawarkan khidmat pembiayaan secara individu atau koperasi dan juga syarikat korporat.

KUALA LUMPUR – Orang ramai ketika ini harus bijak dan jangan terus tangkap muat sebaliknya memiliki lebih banyak pilihan selamat yang ditawarkan bagi mereka yang ingin mengelakkan bebanan hutang atau terjerat dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau ah long.

Antara pilihan yang ada apabila Co-opbank Pertama atau ringkasnya CBP kini menawarkan khidmat pembiayaan secara individu atau koperasi dan juga syarikat korporat.

“Dengan pelbagai tawaran pembiayaan yang ditawarkan, CBP dapat membantu orang ramai daripada terjerat dengan pinjaman daripada ‘ah long’. Bahkan rata-rata mereka yang menggunakan khidmat bank itu menyelesaikan masalah hutang.

“Pembiayaan yang ditawarkan juga dilihat memberi banyak kelebihan kepada kepada orang ramai kerana ia patuh Syariah, Tawarruq dan selamat.

“Malah kadar keuntungan yang ditawarkan adalah serendah 0.71 peratus sebulan sehingga 8.5 peratus setahun,” kata CBP menerusi kenyataan hari ini.

Selain daripada pembiayaan ditawarkan seperti bank lain, bank itu juga turut menawarkan pembiayaan menerusi gadaian emas ataupun Ar Rahnu sehingga RM350,000.

“Menerusi pembiayaan Ar Rahnu ini, ditawarkan kadar pembiayaan sehingga 75 peratus daripada nilai emas semasa selain daripada tempoh bayaran yang lebih fleksibel.

“Bahkan turut menerima pelbagai jenis barangan kemas yang mempunyai mutu 750 sehingga 999 seperti jenis berbatu, kepingan emas, wafer emas, syiling emas dan lain-lain,” kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan produk perbankan yang ditawarkan boleh berkunjung ke 28 buah cawangan CBP di seluruh negara atau layari www.cbp.com.my.

CBP secara ringkasnya adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan pada 7 Jun 1950.

Ia diiktiraf sebagai Bank Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast