Norwegian dive instructor, Kristen Grodem is found safe missing divers diver Tokong Sanggol Island Mersing search and rescue
Norwegian dive instructor, Kristen Grodem is found safe. Penyelam warga Norway, Kristen Gordem ditemukan selamat.

MERSING – Seorang penyelam warga Norway, Kristine Grodem, 35 yang ditemukan selamat dibawa menaiki helikopter unit udara Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ke Stadium Mini Mersing, di sini, kira-kira pukul 12.05 tengah hari tadi.

Jurulatih penyelam itu kemudian dibawa menaiki ambulans ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan lanjut.

Kristine dipercayai dalam keadaan baik apabila dilihat mampu berjalan selepas menuruni helikopter.

Terdahulu media melaporkan empat penyelam warga asing dipercayai hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari semalam.

Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 dan anaknya warga Belanda, Nathan Renze, 14. Seorang lagi wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18.

Kesemua mereka mempunyai lesen menyelam, sementara Kristine merupakan jurulatih.-MalaysiaGazette