Petugas hospital membawa mayat selepas dipercayai jangkitan wabak Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. Foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan sebanyak 36 kes kematian akibat Covid-19 semalam termasuk sembilan kes berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian akibat pandemik di negara ini terus meningkat kepada 35,228, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selangor merekodkan sembilan kes kematian, diikuti Perak dan Sarawak masing-masing lima serta Johor dan Pulau Pinang empat kes.

Masing-masing dua dua kes di Terengganu dan Putrajaya serta satu kes di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Kuala Lumpur.

Negara turut merekodkan 11,994 kes Covid-19 setakat tengah malam tadi termasuk 25 kes import.

Kes aktif pula sebanyak 157,571.

Daripada jumlah itu, kes yang dirawat di hospital sebanyak 3,174 atau 2.0% termasuk 197 menerima rawatan di unit rawatan rapi.

Kes aktif yang memerlukan alat bantuan pernafasan ialah 108 .

Sehingga kini jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di negara ini berjumlah 4,256,476. – MalaysiaGazette