Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak meningkat dalam dagangan hari ini tetapi dijangka jatuh sekitar 3% untuk minggu ini selepas negara-negara pengguna bersetuju mengeluarkan 240 juta tong minyak daripada stok kecemasan untuk membantu mengimbangi bekalan Rusia yang terganggu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.13 atau 0.1% kepada AS$100.71 setong pada 0139 GMT, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS meningkat AS$0.35 sen atau 0.4% kepada AS$96.38 setong.

Penganalisis berkata, pelepasan minyak kecemasan, berjumlah kira-kira satu juta tong sehari dari Mei hingga akhir tahun, mungkin mengehadkan kenaikan harga dalam jangka pendek tetapi tidak akan menampung sepenuhnya jumlah yang hilang daripada Rusia akibat sekatan susulan pencerobohan Ukraine.

“Walaupun ini adalah keluaran terbesar sejak stok simpanan itu diwujudkan pada tahun 1980, ia akhirnya akan gagal mengubah fundamental pasaran minyak. Ia berkemungkinan melambatkan peningkatan selanjutnya dalam pengeluaran daripada pengeluar utama,” kata penganalisis ANZ Research dalam nota penyelidikannya.

Pelepasan itu mungkin menghalang pengeluar, termasuk Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar syal Amerika Syarikat daripada mempercepatkan peningkatan pengeluaran walaupun dengan harga minyak sekitar AS$100 setong, kata mereka.

Pada masa yang sama, pertimbangan Kesatuan Eropah (EU) mengenai larangan minyak Rusia, berikutan rancangannya untuk mengenakan sekatan ke atas arang batu Rusia, akan mengehadkan sebarang penurunan harga minyak dalam tempoh terdekat.

“Di mahkamah pendapat umum, tekanan semakin meningkat ke atas Brussels untuk bertindak dan jika injap tekanan itu muncul dan Kesatuan Eropah menyekat minyak Rusia, kita akan melihat harga minyak mentah Brent naik AS$120 dengan pantas,” Stephen Innes, Pengarah Urusan SPI Pengurusan Aset, dalam nota penyelidikannya. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast