Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, 24 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan semula pasport beliau untuk sementara waktu bagi tujuaan menunaikan umrah.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah Collin membuat ketetapan itu selepas dimaklumkan pasukan pendakwaan tidak membantah perkara itu.

Terdahulu ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran mahu tarikh bekas Perdana Menteri itu mengerjakan umrah pada 21 hingga 30 April ini yang bertindih dengan hari perbicaraan diganti.

Berikutan itu, Collin menetapkan 13 dan 15 April ini serta 1 Julai bagi tarikh gantian perbicaraan belaan diri Ahmad Zahid terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi milik beliau.

Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Presiden UMNO sedang berdepan dengan dengan 12 pertuduhan pecah amanah, iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah pula, beliau didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia, sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga  juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Ia merupakan kali kedua Ahmad Zahid mendapat pelepasan pasport, pada 11 Oktober 2021 bekas Perdana Menteri mendapatkan semula pasport untuk membolehkannya ke Jerman rawatan pembedahan tulang belakang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berjanji akan memulangkan pasport itu pada 5 Mei ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. mahkamah yg bijaksana dan bijaksiniSITU BOLEH kembalikan PASSPORT jika pesalah RAKYAT biasa keluar negara utk umrah/rawatan/kahwin/konvo…..inilah ANTARA DUA DARJAT KLUSTER KAYANGAN

Comments are closed.