Foto Instagram Ziana Zain.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon popular, Ziana Zain selamat menjalani rawatan bariatik untuk mengatasi masalah gastrik yang dialaminya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Ziana, 53, berkata, doktor yang merawatnya menjelaskan masalah tersebut berlaku berpunca daripada saluran ulu hati yang longgar.

“Syukur Alhamdullilah Kak Ziana dah selamat mejalani rawatan untuk gastrik Kak Ziana. @dr.mustafamt menjelaskan angin yang selalu menyerang Kak Ziana rupanya berpunca dari saluran ulu hati yg dah longgar so cecair gastrik blh senang masuk ke saluran itu.

“Alhamdulillah berkat dari kepakaran Dr. Mustafa Kak Ziana dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa. InsyaAllah bebas dari gastik dan tekanan darah tinggi Kak Ziana kembali normal.. Aamin,” katanya penyanyi lagu Madah Berhelah itu.

Sementara itu, kakak kepada penyanyi Anuar Zain memberitahu rawatan ariatik bukanlah hanya untuk penurunan berat badan semata-masa.

“Mungkin ramai yang berfikiran bahawa Rawatan Bariatic ini hanya untuk penurunan berat badan, sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol dan diabetic juga.

“Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca dari permasaalahan perut. Bagi Kak Ziana yang penting kita kena cegah sebelum parah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast