Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 507 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dari jumlah itu sebanyak 211 kes atau 41.6 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 serta 296 kes atau 58.4 peratus adalah kategori 1 dan 2.

Sementara itu, kata beliau, kes baharu positif sebagaimana direkodkan semalam ada sedikit peningkatan berbanding rekod dua hari lalu.

Katanya, kes baharu semalam ialah 14,944 kes, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 4,307,529 kes.

“Kes import sebanyak 104 kes iaitu 82 warganegara, manakala 22 bukan warganegara.

“Bagi kes sembuh pula sebanyak 14,045 kes dilaporkan, menjadikan 4,113,831 kes kumulatif,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak 206 kes iaitu 79 kes disahkan Covid-19 dengan 127 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Kes memerlukan bantuan pernafasan, sebanyak 109 kes iaitu 48 kes disahkan Covid-19 dengan 61 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan, ujarnya.

Beliau berkata, daripada 14,944 kes harian yang dilaporkan semalam, kategori 1 sebanyak 9,341 kes, kategori 2 (5,537 kes), kategori 3 (31 kes), kategori 4 (16 kes) dan kategori 5 (19 kes). – MalaysiaGazette