Gambar hiasan

SEREMBAN – Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tengkorak, geraham dan cebisan tulang kanak-kanak ditemui di Taman Bukit Zamrud di sini baru-baru ini, hanya akan diperoleh pada minggu hadapan.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Nanda Maarof berkata, pihaknya perlu menunggu laporan daripada pihak forensik dan patalogi dahulu, berkenaan penemuan tersebut.

“Kita masih menunggu laporan forensik dan keputusan DNA itu, siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Media sebelum ini melaporkan penemuan tengkorak, geraham dan cebisan tulang dipercayai milik kanak-kanak perempuan berusia lima tahun disyaki mangsa bunuh, di belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, di sini pada Khamis lepas. – Bernama