Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Tiada kes kematian di luar hospital dilaporkan.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian akibat pandemik tersebut kepada 35,280.

Johor merekodkan empat kes kematian, diikuti Kedah, Pahang dan Selangor masing-masing tiga.

Manakala dua kes kematian di Perak dan Sarawak.

Melaka, Perlis, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pula masing-masing satu kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, jumlah kes aktif semalam ialah 153,463.

Daripada jumlah itu, 2,964 kes dirawat di hospital termasuk 195 kes di unit raawatan rapi dengan 108 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Malaysia turut mencatatkan 10,177 kes baharu Covid-19.

Angka terkumpul kes Covid-19 di negara ini setakat malam tadi sebanyak 4,317,706. – MalaysiaGazette