KUALA LUMPUR – Seramai 30 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan, Operasi Motosikal/ Pelbagai Kesalahan yang diadakan di sekitar pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Lebuhraya Akleh dan DUKE selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, seramai remaja lelaki ditahan kerana menunggang dalam keadaan berbahaya dalam Op Samseng Jalanan, Operasi Motosikal/ Pelbagai Kesalahan yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Kesemua remaja berusia di antara 16 hingga 21 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987, kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggupengguna jalan raya yang lain.

Ketika operasi tersebut kesemua penunggang motosikal berkenaan didapati melakukan aksi zig – zag, roket, superman serta bersaing.

Selain itu katanya, dua lelaki berumur 16 hingga 24 tahun turut ditangkap kerana memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

“Mereka ditangkap dan akan dituduh di bawah Seksyen 29(1) Akta Kanun Keseksaan 1955 dan akandituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) APJ 1987,” katanya menerusi kenyataan.

Polis turut menahan 18 orang lelaki warga negara, yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 51 tahun yang telah melakukan kesalahan di bawah Sek 45(A) APJ 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik, KualaLumpur dan akan dituduh di bawah seksyen yang sama.

Selain itu, dua  orang lelaki tempatan berumur 16 hingga 24 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) AKK 1955 dan akan dituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) APJ 1987 kerana kesalahan memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

Menurut Sarifudin, sebanyak 805 jumlah saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan, juga 36 buah motosikal telah disita atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

Selain operasi berkenaan, Op Tutup bagi menumpukan kenderaan-kenderaan yang parkir di kiri kanan Jalan Raja Laut, membuat bising dan menganggu ketenteraman awam.

Beliau berkata, menerusi operasi berkenaan pula telah menyita 27 lagi kenderaa di bawah Seksyen 64 APJ 1987 dan akan diambil tindakan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Jelas beliau, semua pemilik kenderaan berkenaan juga telah diarahkan untuk mengubah kenderaan masing-masing ke struktur asal.

Sarifuin berkata, seramai 23 Pegawai Kanan dan 152 Pegawai Rendah Polis yang ditugaskan dalam operasi yang tamat pada 4 pagi tadi. – MalaysiaGazette